سوراو نور ايمان
Surau SK Perempuan Bukit Kuda merupakan cetusan idea
pentadbir sekolah khususnya Panitia Pendidikan Islam. Mula
dibina pada 16 November 2015 dan siap sepenuhnya pada 20 Januari 2016.
Kos asas pembinaan surau yang berkeluasan
25 x 25 kaki persegi
ini mencecah hampir RM60000
yang sebahagian besarnya (RM50000) adalah
sumbangan daripada Lembaga Zakat Klang.
Fasiliti tambahan seperti jubin lantai, gril, langsir, PA
Sistem, kipas, lampu hiasan, penghawa dingin,
almari, rak buku kecil, batu refleksologi,
pokok
bunga hiasan berpasu, jam waktu
solat, bingkai
ayat-ayat suci al-Quran, label, papan tanda arah,
papan putih,papan kenyataan, jam dinding, rehal,
al-Qur'an dan bahan bacaan ringan
berkonsepkan
Pendidikan Islam yang bernilai
kira-kira RM30000
adalah hasil sumbangan ikhlas
daripada orang ramai.
Surau yang diberi nama NUR IMAN kini sering diimarahkan oleh warga SK (P) Bukit Kuda untuk pelbagai aktiviti dan program.