Wednesday, June 22, 2016



سوراو نور ايمان

Surau SK Perempuan Bukit Kuda merupakan cetusan idea pentadbir sekolah khususnya Panitia Pendidikan Islam. Mula dibina pada 16 November 2015 dan siap sepenuhnya pada 20 Januari 2016.

Kos asas pembinaan surau yang berkeluasan
25 x 25 kaki persegi ini mencecah hampir RM60000
yang sebahagian besarnya (RM50000) adalah
sumbangan daripada Lembaga Zakat Klang. 

Fasiliti tambahan seperti jubin lantai, gril, langsir, PA
Sistem, kipas, lampu hiasan, penghawa dingin,
almari, rak buku kecil, batu refleksologi, pokok
bunga hiasan berpasu, jam waktu solat, bingkai
ayat-ayat suci al-Quran, label, papan tanda arah,
papan putih,papan kenyataan, jam dinding, rehal,
al-Qur'an dan bahan bacaan ringan berkonsepkan
Pendidikan Islam yang bernilai kira-kira RM30000
adalah hasil sumbangan ikhlas daripada orang ramai.

Surau yang diberi nama NUR IMAN kini sering diimarahkan oleh warga SK (P) Bukit Kuda untuk pelbagai aktiviti dan program.

No comments:

Post a Comment