Wednesday, June 22, 2016



سوراو نور ايمان

Surau SK Perempuan Bukit Kuda merupakan cetusan idea pentadbir sekolah khususnya Panitia Pendidikan Islam. Mula dibina pada 16 November 2015 dan siap sepenuhnya pada 20 Januari 2016.

Kos asas pembinaan surau yang berkeluasan
25 x 25 kaki persegi ini mencecah hampir RM60000
yang sebahagian besarnya (RM50000) adalah
sumbangan daripada Lembaga Zakat Klang. 

Fasiliti tambahan seperti jubin lantai, gril, langsir, PA
Sistem, kipas, lampu hiasan, penghawa dingin,
almari, rak buku kecil, batu refleksologi, pokok
bunga hiasan berpasu, jam waktu solat, bingkai
ayat-ayat suci al-Quran, label, papan tanda arah,
papan putih,papan kenyataan, jam dinding, rehal,
al-Qur'an dan bahan bacaan ringan berkonsepkan
Pendidikan Islam yang bernilai kira-kira RM30000
adalah hasil sumbangan ikhlas daripada orang ramai.

Surau yang diberi nama NUR IMAN kini sering diimarahkan oleh warga SK (P) Bukit Kuda untuk pelbagai aktiviti dan program.

Program Ihya' Ramadan 2016 / 1437H


                                        Tadarus al-Quran Tahun 1


                                         Tadarus al-Quran Tahun 5


                                        Solat Sunat Dhuha Berjemaah


                                          Bacaan Yasin Tahun 5       

Kem Bestari Solat 1 Tahun 2016






Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Tahun 1 Kem Bestari Solat 1/2016 kali pertama dilaksanakan di Surau Nur Iman

Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Doa Selamat yang pertama dilaksanakan di Surau Nur Iman












Majlis Perasmian Surau Nur Iman




Majlis Perasmian Surau Nur Iman disempurnakan pada 30 Januari 2016 bersamaan 20 Rabi'ulakhir 1437H. Majlis dirasmikan oleh En. Saiful Anuar bin Abdullah Salleh iaitu Pengurus Lembaga Zakat Daerah Klang Sentral bersama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Perempuan Bukit Kuda, Tn. Hj. Abu Zarim bin Harun, Majlis turut disempurnakan oleh Pn. Hjh. Rosnani binti Ibrahim selaku Guru Besar dan Tn. Hj. Yusof bin Palil yang merupakan penggerak utama dalam pembinaan surau ini.

Gotong-royong landskap Surau Nur Iman







Wajah-wajah Surau Nur Iman setelah hampir siap dibina






Peringkat-peringkat pembinaan Surau Nur Iman